Tolong Klik, Nak Pergi Bercuti :)

Photobucket Photobucket PhotobucketPhotobucketPhotobucket Photobucket

Friday, August 10, 2012

GA kad raya salmie dah ditutup

Secara rasminya GA kad raya Salmie telah ditutup pukul 12 tgh ari tadi dan beberapa orang blogger dh saya hubungi utk penghantaran kad raya Salmie.

Dh ramai yang reply msg saya bagi nama penuh n alamat.. tapi still ada yg belum kasi..maybe xonline lagi kut... so kepada yg lambat kasi tu, kalau kad sampai lambat nnti saya mintak maaf ye.. 

So, saya ucapkan bebanyak terima kasih kepada yg sudi join GA kad raya salmie ni walaupun xseberapa. saya tahu lah still ada yg sudi jenguk blog saya lagi..hehe.

 Ni adalah senarai bloggers yang berjaya.. tahniah n terima kasih ye.

 
 
Saya ucapkan " SELAMAT BERPUASA " & " SELAMAT HARI RAYA " kepada semua bloggers di luar sana. saya mintak maaf kalau ada terkasar bahasa atau terguris hati semasa saya berblogging ni ye..

Lastly, nasihat saya jgn main mercun ye :) main bunga api je...kalau nk main jugak, main mercun pop je...hehe... 

daaaa


Wednesday, August 1, 2012

GA Kad Raya Salmie


Hye Kawan2....

Jom Join GA Kad Raya Salmie !

Syarat2 sangat la senang : -

1. Komen je entry ni dgn slogan 'Saya nak kad raya Salmie sebab .... ' bg je sebab apa2 k...
p/s : jgn lupa bg link blog anda skali. kalau bg facebook lagi bgus.

2. Then kalau nk follow blog ni pun boleh, xnk pun  xkisah...tapi kalau follow, nnti senang la nk gtaw sapa yg menang kn.

3. Hadiah : Salmie akan kasi kad raya kepada 10 orang pemenang dengan komen yg best. Penghakiman ikut suka Salmie la ye..hehe...

4. Tarikh tutup adalah pada 10 September Ogos bersamaan hari Jumaat jam 12 tengahhari. Sebab proses pengeposan kad raya akan dilakukan nnti k...
p/s : Kalau jumlah yang join ni ramai, mungkin pemenang akan bertambah. Tgk ke-excited-an Salmie ye, hehe... 

Senang je kn ?? join la...

Peace =)

Rasa mcm nk wat giveaway plak




Hye bloggers sekalian… lama dh tak updated blog… dh bersawang dh ni..

Terasa macam nk wat giveaway la pulak..tahun ni xuat lagi..so, nk wat jugak la..

Ok, sempena Ramadhan AlMubarak & Hari Raya AidilFitri yang menjelang tiba ni, rasa macam nk kasi kad raya la kt rakan2 bloggers…

Senang ja syarat2nya.. nnti sy updated kt entry baru ye =)

Friday, July 27, 2012

Doa Buatmu Suamiku Kekasihku


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..


# Hampir 4 bulan bergelar isteri. dan dah 5 minggu hidup bersama. Love u B...

 *** credit to kak irine nadia

leave your link here and i'll drop by