Tolong Klik, Nak Pergi Bercuti :)

Saturday, October 29, 2011

Ayah dah selamat berangkat menjadi tetamu Allah

assalamualaikum...

Seperti yang anda tgk kt tittle entry tu, ayah aku dah selamat sampai di rumah Allah.. ayah berangkat pada hari selasa lepas 25 oct 2011 pada lebih kurang pukul 12 stgh tgh hari...

Ayah dh selamat sampai kt Makkah dh..ayah dh sampai hotel n dia dh tepon Malaysia dh gtau dia selamat.. ayah ckp seronok dok sana. cuma xtahan sebab sejuk waktu malam kt sana. ayah dok 8 org satu bilik. roomates pasang aircond. ayh xtahan sejuk. aku pun risau gk kt ayh..ayh dh la ada simptom2 nk kna sakit jantung. doktor suruh jaga la. aku kat sini hanya mampu berdoa je kt ayh. hari2 baca Yassin moga ayah selamat kt sana n selamat pulang nanti. ayah di jangka sampai ke tanah air pada 7 dec 2011 pukul 7.15 malam. insyaallah...

Masa ayah nk turun ke Makkah, semua adik beradik aku ada hantar ayh kt Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. aku rasa seronok sangat hantar ayah sebagai tetamu Allah, apatah lagi ayh yg nk pergi rumah Allah tu.. n seronok jugak sebab tgk adik beradik boleh berkumpul ramai2 kt situ. seronok mak n ayh ada anak ramai...hehehe...

insyaallah ayah akan doakan mak pulak boleh pergi next year atau dlm masa terdekat ni. lagi seronok kalau mk n ayh boleh pergi lagi sekali. sempat jugak aku ckp kt ayh Mr. B kirim jubah dari Makkah...hehehe... ayh doakan la ye anak2 n cucu2 bahagia dunia akhirat insyaallah...

amiiinnnnn....

gambar hntar ayh gi Makkah ada kt adik.. xsempat nk amik


p/s : rindunya kt mak n ayh..next week balik kg..cuti seminggu nak raya aji...weee~

Sunday, October 16, 2011

Nak Balik Kg. Tengok Tok Sakit tapi....




HMM... asyik teringat je kat tok... tok aku sakit...keluar masuk hospital taiping tu dh bnyk kali. mkn pun dh pkai wayar smbung kt hidung. doktor ckp tok mungkin dh nk kna strok sebab ada anggota yg dh xleh nk angkat sendiri..dh xmmpu.. aku dh sebulan lebih kt bt.pahat ni... teringin sgt nk balik kg. tp jauh... duit pun xde...cuti pun xde...


aku cuti sabtu ahad je... kalau balik naik bas, 10jam baru smpai...kalau balik ari sabtu pg2, mghrib baru smpai..pastu ahad kna balik bt.pahat balik plak..penatnya... kalau nk balik naik flight plak, one way trip dh seratus stgh dh..blum tmbang nk g airport lg tu..adoiii..

teringat kt tok sbb sempat jaga tok masa cuti 4 bulan ari tu.. cucu2 tok semua balik..tgl brp org je lg xsempat balik tgk...

hmm raya aji ni insyaallah aku balik... hrp2 tok sihat la hendaknya... susahnya kalau duk jauh2 ni kn...aku hanya bleh doakan tok n baca yassin je kt tok dari jauh ni... :(


ni tok masa first time masuk hospital...


p/s : semoga tok cepat sembuh...amiiinnn

Aku Mengidam !

Hoho tajuk entry tu mcm mrh je kn...haha sebenarnya aku mengidam nk mkn aiskrim Mc.D... dh lama sgt dh mengidam nk flavour twist green apple.. walaupun aku duk dkt je ngn Mc.D parit raja ni, tp sedihnya sbb xda flavor twist green apple yg aku nk..

so smlm aku kuar, dpt la mkn jugak akhirnya... perghhh betapa nikmatnya bila dh dpt tu..aku beli kt Summit Bt. Pahat...wawawa... sedap xterkata la bila kita cari lama n baru dpt...huh nikmat2...

hahaha...ni la muka tgh menikmati flavour twist green apple tu...


sedap smpai suh member snapkan gmbr...

p/s : kalau mengidam lain kali pegi cari smpai jumpe ye :)

Monday, October 10, 2011

hepy bday sayang...Mr. B


okay, lama beno aku xnaip entry yeh.. ermm semalam 9.10.11 satu lagi tarikh yg cntik.. smlm adalah bday Mr. B yg ke 27 thun..( ala dh tue ruprnyer) hehe.

pukul 12 tgh mlm tepon Mr. B tapi xangkat.. dia dh tido rupenye.. so xpe la.. pg2 esok tu dlm pkul 8 call dia n nyanyi lagu ' hepy bday' hehe.. masa tu dia tgh drive nk balik tepeng dri mnjung.

wish kt die... sebenarnya aku dh celebrate dh bday dia last week.. hari selasa lepas.. celebrate awal 5 hari sbb time tu ja aku free...kls xde...so smpat cabut sekejap jumpa Mr. B... celebrate kt secret recipe..

b agak blur time waitress dtg hntr kek...hehe... aku pilih cappuccino cheese cake... 2 slices je sbb kitorg berdua je.. tp dua slices tu pun xabeh.. mkn satu je..satu lg tapaw ler...huhu... biasa la kek secret recipe kn agak muak kalo mkn bnyk2..hehe..

tahun ni xde adiah pun bg kt b..just sekeping kad yg agak besar.. itupun Mr. B sgt terharu.. dia ckp 2 kali dia terkejut...hehehe...ye la sbb awal sgt celebrate bday dia..huhu..

sori sbb xbleh sambut pada masanya. aku de bnyk test minggu ni.. dh lepas satu, yg mendatang ni ada lg 4 test..adoiii..

gmbr2 boleh lyn kt sini je :(

knpa tah aku xleh upload gmbr...blogspot ni ade prob ke? dri ptg tg lg aku try xleh...sabar2...hmmm

genap setahun tragedi 10.10.10

salam blogger sekalian... cantik kan tarikh hari ni 10.10.11... tapi cntik lg tarikh tahun lepas 10.10.10.. tp tarikh keramat tu lah yg telah meragut banyak nyawa..

kemalangan ngeri yg berlaku dekat highway plus dkt alor gjah melaka...



kepada mangsa yg terlibat.. ,semoga roh mereka dicucuri rahmat...al-fatihah...

boleh baca artikel tentang kemalangan ngeri tu disini

Sunday, October 9, 2011

Alahai dugaan bertunang

Dugaan Bertunang

Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? saya belum bertunang tapi akan bertunang..insyaallah... Benarkah bila bertunang banyak dugaan.. Rasanya ya.. hehe bukan apa sejak nak bertunang ni emosi lain sikit, apa lagi bagi perempuan ;p

Dari pembacaan saya antara penyebab banyak dugaan ni, sebab syaitan ingin merosakkan pertunangan kita, supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah. Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.
  1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi.
  2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.
  3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.
  4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala.
  5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang.
  6. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.
  7. Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?
  1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah.
  2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal.
  3. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.
  4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.
  5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik.
  6. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.
  7. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.
Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai, cuma berbeza kecil atau besarnya dugaan tersebut. Kita harus pandai2 mengawal keadaan. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.

copied from cerita aku dan dia

Friday, October 7, 2011

Fakta - Fakta Menarik di Dunia Part 1

FAKTA - FAKTA YANG MENARIK!!


1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

6. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

8. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

9. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

10. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

11. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

12. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

15. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

16. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

17. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

18. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

19.Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur

akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi

satu perkataan.

20.Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan

kimia.

21.Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih

lama daripada mereka yang kidal.

22.Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut

di telefon sepanjang hayatnya.

23.Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang

hidupnya.

24.Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di

Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

25.Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D

iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

26.Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis

melebar sebanyak 300 milimeter.

27.Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama

iaitu huruf A.

28.Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;

selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar

kawal.

29.Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk

jantung.

30.Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41

darjah Celcius.

31.Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

32.Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

33.Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

34.Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

35.Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000

telur setiap hari.

36.Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -

di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7

peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras

air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,

sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

37.Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun

dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4

meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat

apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah

daripada membuat terowong bawah laut.

38.Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut

ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

39.Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub

Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di

bawah paras beku pernah dicatitkan.

40.Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih

berat badannya dalam masa 36 jam.

41.Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang

kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-

kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali

ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

42.Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya

boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji

lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

43.Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari

sentiasa siang.

45.Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang

dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara

betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

46.Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,

anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan

kopi.

47.Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila

bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air

terjun ini.

48.Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ

itu melekat pada lelangit.

49.Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit

ialah seberat 1.36 kg.

50.Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus

menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

51.Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat

jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang

semasa haiwan itu melompat.

52.Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar

code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama

yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

54.Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut

pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

leave your link here and i'll drop by