Tolong Klik, Nak Pergi Bercuti :)

Sunday, October 9, 2011

Alahai dugaan bertunang

Dugaan Bertunang

Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? saya belum bertunang tapi akan bertunang..insyaallah... Benarkah bila bertunang banyak dugaan.. Rasanya ya.. hehe bukan apa sejak nak bertunang ni emosi lain sikit, apa lagi bagi perempuan ;p

Dari pembacaan saya antara penyebab banyak dugaan ni, sebab syaitan ingin merosakkan pertunangan kita, supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah. Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.
  1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi.
  2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.
  3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.
  4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala.
  5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang.
  6. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.
  7. Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?
  1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah.
  2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal.
  3. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.
  4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.
  5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik.
  6. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.
  7. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.
Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai, cuma berbeza kecil atau besarnya dugaan tersebut. Kita harus pandai2 mengawal keadaan. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.

copied from cerita aku dan dia

No comments:

Post a Comment

bg pendapat =)

leave your link here and i'll drop by