Tolong Klik, Nak Pergi Bercuti :)

Photobucket Photobucket PhotobucketPhotobucketPhotobucket Photobucket

Friday, April 29, 2011

♥ aktiviti study week ♥

huhuhu boring ni... xtau nk wtpa. nk study pn mls lg. gpn 5 ari gap baru ada paper. mlm ni relax2 dulu la. hmm teringat plak citer masa balik kg cuti study week mgu lps. byk abehkan masa dgn Mr. B je..hehehe.. mmg byk aktiviti sgt balik kg ni smpai sentuh math je cuti ritu..balik uthm mula la kalut giler study...hahahaha.

ok nk citer r aktiviti masa cuti tu.

aktiviti pertama

pagi2 ahad aku kejut b pkul 7pg. ajak dia siap2 nk gi mendaki bukit larut a.k.a maxwell hills..hehe. last2 masing2 lmbt..haha. dh smpai kt kaki bukit kul 9.15 pg lebih kurang..haha org nk turun kami baru nk naik. ye r cari kasut sukan.aku xbwk balik cos x plan pn nk hiking kn..hehe.



aktiviti kedua

dh penat hiking, kitorg turun dlm kul 10.30 ke 11 tah xigt..hehe. then gi beli mkn bungkus sebab nk berkelah kt lata burmese ! yeaa suke3... ni la tmpat Mr. B luahkan prasaan kt aku dulu masa strt kapel..hehe.. bila tgk batu yg kitorg duduk tu teringt2 je kenangan dulu2...hehehe...

ok, dh sudah mkn pe lagi..kitorg mandi manda la... jgn jeles..hehe. siap yg paling best, tangkap ikan guna baju Mr. B je.. kitorg dua sauk je ngn baju tu...hahaha tp ikan kecik je la..dpt 3 ekor..masa nk balik tu lepaskan balik la..

masa tangkap tu mmg hepi giler r.. tergedik2 aku bila dh dpt ikan...hehehe...

aktiviti ketiga

masa dh on da way nk balik, lalu depan zoo then eh mcm kenal je mamat ni...hah NAIM !! ngn awek dia...hehe.. so, panggil2 nama naim.. naim dgn tp dia tercari2 kt mana..hehe. so aku pn patah r balik g kt dia. dia kata nk gi cari durian batu kurau. ( sgt femes ok ! ) hehehe. xcaya leh tgk kt sini...
kt kg aku ni mmg femes r ngn durian bt. kurau. siap msuk 360, majalah 3 & jln2 cari mkn pn ada. huhu.

sambung balik. so, aku suh dia follow aku balik kg aku cari durian. perghh mmg banyak gerai kami cari n org yg dtg beli pun ramai gila. naim sempat la grap beberapa belas kilo..huhu.. tp agak mahal disebabkan buah xbrp bnyk n org yg dtg tu ramai...hehehe.

then dh abeh beli buah, aku ajak naim gi rumah aku. dia sembang2 ngn mk ayah aku suma.. ptg tu dia hntr awek dia balik hospital tepeng n dia balik sik. hah sah pening kpla sbb bonet keta penuh durian..hak3....

aktiviti 4

jumaat malam plak kuar mkn dgn Mr. B kt kurau stone... hehe. bg adiah anniversary kt B. aku ada wt video khas utk dia. video tu 8 minit lebih. tp baru seminit lebih dia tgk, hahaha guess what ????
waaaa B nangis..silap tul xrakam masa dia nanges tu..wawawawa...dia terharu katanya. then dia tutup. ckp nk balik umah smbung nangis...hehehe. syg2...


aktiviti 5

ni paling best. puas ati leh jerit...hahaha nek atv kt kurau stone lagi. ( atv = sejenis motor yg bertayar 4 - sukan lasak ). setelah berpuas membodek Mr. B akhirnya Mr. B blanja aku n adik aku nek atv ni..

4 round gak r round bukit tu..takut sonok suma ada...hehehe...

then ptg tu dh balik smpai umh, mk aku n kkk aku bsama suaminya ajak gi situ balik sbb nk mkn..waa lau tau xbalik td xpa tgu ja kt situ..huhu... lpas penat2 bergambar,berposing n mkn, balik la....


itu ja la kot kisah aku time study week...hahahaha

p/s : alamak terover pjg la plak.. terlebih menaip..hehe

Thursday, April 28, 2011

Korang penah simpan kuku panjang?



korang penah simpan kuku panjang x? mesti penah kan? tp atas alasan period, xbleh potong kuku? hehe tul x? aku pun sama gk..hehe.. kdg2 tu xprasan kuku terpanjang sendiri.

hah jom kita baca artikel yg ditulis oleh cik fara ni... sgt menarik artikel ni. aku yg pakai cincin jari tgh baru aku tau apa hukumnya.. astaghfirullahhalazim...

jom spent masa sekejap baca artikel ni =)

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang... nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

hah so korang dpt input kn lepas bace artikel ni..nice.. tlg sebarkan kt kwn2 lain ye =)

jgn sampai ade yg nk simpan kuku smpai mcm ni sudah la ek huhu

menakutkan je aku tgk...

hah siap kaler2 lagi...adoiii


p/s : ikut sunnah nabi dpt pahala...korng xnk pahala ke?


Wednesday, April 27, 2011

Doa sepanjang menghadapi peperiksaan


hari ni aku nak share amalan doa untuk minggu peperiksaan ni... kpd kwn2, bleh la amalkan doa ni k. =)

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang -

dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


sumber : tanya cikgu senior


Tuesday, April 26, 2011

perjuangan bermula


strt esok aku akan mghadapi peperangan..huhu.. final exam sem 2 2010/2011.

takutnya...waaa...

huhu... ni jadual aku exam sem ni..

27/4 - hubungan etnik
29/4 - kejuruteraan pembinaan
5/5 - matematik kejuruteraan 2
11/5 - hidraulik
12/5 - mekanik bahan
so, kwn2 tolong doakan aku ye semoga dpt jawab dengan jayanya... aminnn

Monday, April 18, 2011

secara rasmi 1st-GA sumimie. ditutup


secara rasminya 1st-GA sumimie telah ditutup 15 april lepas.

so secara rasminya ada 21 org yg join contest ni.


diharap yg bjaya join contest ni bersabar ye sbb salmie perlu baca n teliti setiap cdgn anda itu sebelum pilih sapa sbg pemenang.

itu, kptusan akan sedikit lmbt sbb salmie tgh bz dgn study week sbb next week salmie dh strt final exam di UTHM.

so diharap skali lg anda bersabar ok =)


idea blogger yg salmie gunakan utk hadiah Mr.B nnti akan salmie pilih sbgai pemenang ok.

so don't worry. idea anda akan salmie balas dgn adiah Mr. Teddy yg cute..


tguu...


Thursday, April 14, 2011


korang ingat x post aku tentang jam aku ilang? lau xingt klik sini.

td tetiba teringat gi kt jam tu.. syg gle kot.. adoiii...

aku gtau kt b aku teringat kt jam tu. then b ckp b dh berusaha dh cari yg sama gk mcm jam aku tu.

b ckp dh 5 kdai kt manjung dia cari..
terharunya aku. xsangka dia sanggup cari. aku igtkan dia wat xkesah ja..

tQ sgt2 b..
tp tu la..sedih..still xjumpa lg... xpa la..

nnti aku try tgk kt kdai aku beli ritu ada lg x stock cm jam aku tu.. susah nk dpt yg mcm tu.

kalu ada pn wrna lain bkn itam cm jam aku tu..
hmm sedih sgt =(

hope b dpt cari la...

Wednesday, April 13, 2011

telur rebus


Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.


Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..

Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?

jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku punjawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'


sumber : zon cerita lucu

bila muda suka, dh tua seksa


KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.

Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.


Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.

“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.


“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.


“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.


“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.

“Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.


Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

sumber : metro

perasaan pakcik je tu



Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..

“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. Nak buang air besar.....?
Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!! sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.
“Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. Tolonglah Pak Cik..... rayu murid itu terus.

Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu.....Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.

Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab. Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

credit to : zon lucu lawak

Tuesday, April 12, 2011

1st Contest Anis:Pic Percutian


ok, mlm ni aku nk menyelesaikan tag dari cik nusha yg dh lama ditag kt aku. hehe. sori lmbt.. bz sikit ngn test2 n assignment.

ok, kali ni nk join GA dari cik anis iaitu pic percutian. alamak, ade ke ek? hehe ade tu ade mmg bnyk tp nk yg menarik kna geledah lappy ni dlu la..hik2..

ok, ni syarat2 yg anis tetapkan :

1)follow blog anis..xkene bayar pon free je..yg penting seikhlas hati yup..
done anis.. follower awk yg ke 180.. waa rmainya follower anis..hehe

2)buat entry bertajuk 1st Contest Anis:Pic Percutian
dh..hehe tgk tajuk kt ats tu.

3)letakkan banner contest anis kat atas nie dalam entry korg toh dan linkkan.
klik gmbr ye pade sape yg nk join.. =)

4)Letakkan pic percutian korg yg ORI yup..xde ciplak ciplak..yg penting pic korg mesti ade dalam pic toh..one pic only..

jeng jeng jeng.... ni la pic aku pertaruhkan...pic dak gemok nek buaian bwh pokok kt tepi pantai teluk nipah, pulau pangkor...



5)then cerite sikit tentang pecutian korg toh..tempat yg menarik kat situ ke..perasaan korg bercuti kat situ ke..(join contest sambil kongsi cerita)

Hehehe pada 22 dec 2010, aku n famili aku brcuti kt p.pngkor... ni pic pd keesokan paginya. mandi manda kt pantai..hehe.. best2... aku mmg jenis suka bercuti kt tepi2 pantai ni..kalau xbcuti pn, gi berkelah2 ke..jnji kt pntai...hehe.. emm sonoknya leh bcuti ngn famili.. tp xleh letak pic bnyk2 la pulak...hehe..

Antara tempat yg menarik kt p.pngkor ni xla bnyk sbb pulau ni kecik je.. huhu.. ada pantai je la. pntai teluk nipah, pntai pasir bogak n coral beach. pastu ada gk la kg2 nelayan kecik klu korg pusing pulau ni. aku dh pnh pusing pulau ni nek moto.. kecik je kot pulau ni. dlm xsmpai stgh jam dh leh pusing satu pulau..hehe.

Pastu kalau nk lagi best, bleh BBQ tepi pantai tau.. ikan2 suma leh beli kt tepi pntai ni...huhu.. klu mls, leh je mkn ikan bakar. bnyk gle..huhu..murah2 jugak tu...

Tmpat penginapan pun bnyk sgt... cntik2 biliknya... n murah jugak. so mmg rugi la sape yg xdtg p.pngkor ni. aku dh 2x pegi bcuti kt cni..hehehe..

Mmg elok la utk sape yg nk release stress bcuti kt cni ok..huhu.. sgt menenangkan jiwa. lyn prasaan tepi2 pntai..hehe


6)tagkan tiga rakan anda yg aktif..and make sure diorg tahu mereka diTAG
aku nak tag cousin aku fazilah & faizah serta adik aku natrah

7)dah siap??tinggalkan link entry korg kat comment entry nie okek..
done anis ! hehe

moga2 berjaya... =)

Sunday, April 10, 2011

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011





Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor's University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University
INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.



student & maggie



hahaha student ni mmg xleh lari dari perkataan maggie... atau megi. hahaha xksah la student sek. ke, ipt ke, semua mmg xleh lari r dri megi..hahaha.. nk tau knpa?

pengalaman aku :


sek men :

aku sek kt mrsm dlu. haha biasa la mna ada biasiswa bnyk2 cm sek kerajaan kn. aku pun bkn org berada pn. ok, mrsm kasi duit 55 setiap bulan. 30 dh tolak yuran so 25 rgt je setiap bulan msuk akaun..sedih kn? hehe. so, mmg la mk aku pun kasi duit. tp xbnyk la cm budak lain siap leh mkn kt cafe tiap2 ari. aku ni pg,tghri, mlm semua kt kantin je..huk3.. so, mmg bila outing aku akan beli megi satu pack dlm 5bgkus cmtu wat bekalan mlm2 bila nk studi..haha. kdg2 xde megi tp supplier kt hstel bnyk.. hehehe.. msak pkai air pnas je.. buh dlm tupperware, tgl dlm 10minit, mam la pastu...huhu..



rendam ngn air panas je


poly :

pun sama. aku smbung bljr kt psas. poli tg malim la. hahaha masa duk hstel pn cmtu. mula2 loan msuk mkn mewah xyh ckp r... dh hjung2 sem, kering... stkat mkn megi je la yg mmpu..hik3.. then bila dh dok umah sewa kurg skit mkn megi sbb wlu xde mknn pn aku akan tetap masak nasi, goreng telur n buh kicap.. hehehe... klau mkn megi tu time mls sgt nk msak le...



xksah la megie jenama apa pn bedal je bila dh lapar..hik3


ipta :

hehe skrg duk UTHM pun sama ja.. dh 2 sem aku cmtu. elok seminggu nk studi week mula la mkn pn duk kna berpikir. hehe pikir dh antara keperluan dgn kehendak..hehehe. mkn ja apa yg murah. huhu. tp aku sehari wajib mkn nasi ye. xksh la sekali ke dua kali. tp wajib wlupn skali... slalu time mlm la msak air wat megi..hehe. awal sem mkn mewah, hjung sem mkn megi..huk2...


magie de mcm2 jenis perasa...lau dh lapar sumanya sedap..huhu



itu la alkisahnya student@megie...hehehe





tak sabar nak balik kg.


hmm jumaat ni balik kg.. xsabarnya... seminggu aku nak dok umah...huhu. then balik UTHM balik dh nk final exam. xpe la.. balik umah dlu ubat kerinduan kt techik, mak , ayah n kg ku. tenang je bila lalu tepi sawah padi, kt lata... huhu xsabarnya.. balik t nk berkelah lah tepi sungai... best2!


tinggal lagi 5 ari GA sy akan close

klik pada banner utk mengetahui syarat2


hmm just nk ckp lagi 5 ari je lg GA sy berlangsung. lpas tarikh tutup, sy akan mula menilai setiap cadangan anda sebab anniversary sy pn dh dekat. kna prepare adiah dh utk Mr. B sy.

so kpd sesiapa yg belum join, masih sempat lg ye... 5 ari je lg. GA ni akan di tutup pada 5 april 2011 jam 11.59 pm.

sudi2kanlah diri anda join GA sy ni ye..

ada adiah menarik menanti anda...

p/s : pastikan cadangan anda sgt kreatif n boleh membuatkan seseorang itu touching. pemenang akan diberikan berdasarkan cadangan yg sy suka...hehehe..

gud luck !

video mathlutfi penuh dengan mesej


uih aku dari dulu gi rajen lyn video2 mamat ni... nama dia mathlutfi . adoii dia ni mmg lawak.. dgn slang utara dia.. gheja nk gelak ja aku tgk video2 dia kt youtube.. kalau hmpa nk tgk, klik cni noh.. huhu...

ni serba sedikit info pasal diri mat lutfi ni...

Nama: Mat Luthfi
Sekolah: Sekolah menengah Kebangsaan Kota Muda, 2003-2005
Sekolah Berasrama Penuh Intergriti Kubang Pasu , 2006-2007
Universiti:Universiti Curtin
Kini Berada: di Perth,Australia
Asal :Kedah
Lahir :1990
Lain2:Dia ni peminat Hujan


Kalau hmpa berminat nk tgk lebih banyak video yang dihasilkan oleh beliau,hmpa boleh pergi sendiri ke Chanel Mat Luthfi di Youtube ye..

Saturday, April 9, 2011

rindu sgt kt techik !


ok, aku rindu sgt2 kucing aku si techik itu..dh sebulan setengah xjumpa dia. rasa nk gila pun ada.. sbr2, lagi seminggu ja ok t jumpa techik peluk dia kuat2...haha pdan muka dia t...
really miss u damn much...huh

Thursday, April 7, 2011

Bertunang Semasa Belajar

salam.. hmm masa tgh jalan2 jenguk blog org td, ternampak artikel ni... dari tuan punya blog HILMY ISMAIL ... menarik artikel ni... baca la ye ^_^

Refleksi Bertunang Semasa Belajar

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ustaz, saya ingin tanya satu soalan”.
Mesej offline tiba-tiba muncul, sebaik sahaja penulis sign-in yahoo messenger.
“Just ingin minta pendapat sahaja”.
“Saya ada berkawan dengan seorang lelaki dan dia juga merupakan pelajar di luar negara dalam Pengajian Islam. Dia mahu kami bertunang dalam fatrah kami masih student. Tapi saya tidak setuju, sebab kalau boleh saya nak habiskan belajar dahulu. Macam-macam alasan saya beritahu kepadanya untuk kebaikan bersama”
,
tambah beliau (seorang perempuan yang disembunyikan identiti) lagi.


Dialog santai ini penulis terima dua minggu lepas, selepas usai menunaikan solat subuh di Masjid Syarifuddin El-Kurd. Ada beberapa tambahan kata-kata daripadanya, yang mana terkesan membaca beberapa sisipan artikel yang diterbitkan sebelum ini. Mungkin soalan nampak biasa-biasa sahaja, namun jenuh juga untuk menjawab mengikut situasi semasa. Kena tengok banyak sudut, baik dari sisi manfaat atau kesan buruk bila berlaku sedemikian. Boleh katakan kebanyakan dan lambakan e-mail yang penulis terima daripada para pembaca, adalah feedback daripada labels ‘Keluarga Bahagia’. Berpeluh juga kalau fikir-fikirkan.

Kita semua akur dengan selera dan kehendak naluri insan terhadap pasangan idaman. Kita sedari bahawa sifat pasangan yang dianjuran Islam merupakan satu bentuk ‘ilmu dalam pencarian’ yang lazim diketahui umum. Bahkan lelaki yang jahat sekalipun biasanya berharap untuk mendapatkan isteri yang solehah. Namun hakikatnya pertimbangan akhlak mulia yang disarankan agama biasanya tewas apabila ukuran fizikal telah mengelabui mata. Lelaki kebiasaannya akan memilih wanita yang cantik walaupun lidahnya menuturkan keinginan mendapatkan isteri yang solehah. Solehah seorang wanita sering kali tewas bila wajah tidak semanis budi. Itu hakikatnya nafsu lelaki.

Walau apapun, tergerak juga rasa hati anda sudah sampai untuk melabuhkan tirai bujang, sebetulnya anda berhak perolehi satu pujian selepas melihat kondisi dan beberapa faktor yang memungkin anda berbuat sedemikian. Tahniah! Nabi bersabda; "Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad) .

Definisi Pertunangan daripada Kaca Mata Islam

Ikatan sementara sebelum berlangsungnya sebuah akad nikah ini, sering kali disalah anggap oleh khalayak orang ramai khususnya muda-mudi. Seolah-olah simpulan ini menjadi ‘lesen besar’ untuk melakukan maksiat, dengan alasan ‘kami sudah bertunang’. Justeru, sangat perlu kepada semua pasangan yang ingin atau sudah bertunang mengetahui hak dan batas-batas sempadan syariat sebelum sebuah ikatan yang hak, benar-benar terpatri. Islam telah mensyariatkan pertunangan sebagai langkah dan wasilah sebelum melangsungkan perkahwinan. Pertunangan banyak memberi faedah dan membantu dalam menjamin keutuhan rumahtangga yang bakal dibina. Namun roh sebenar sebuah ikatan ini merupakan subjektif yang memerlukan kefahaman yang jitu, dan harus dijaga agar kesuciannya tidak dinodai.


Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan. Sebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan Istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam.

Namun jika sepanjang tempoh pertunangan tersebut bertaut, mungkin kekurangan yang dirasakan oleh pihak lelaki, maklumlah pertunangan ini juga boleh dianggap fasa untuk berkenalan dengan lebih dekat bakal pasangan sebelum betul-betul matang dan masak untuk mendirikan masjid. Bukan menolak pinangan, maksud penulis memutuskan talian pertunangan, iaitu ketika sedang bertunang. Jika berlaku juga, maka hendaklah di pihak lelaki menyembunyikan kekurangan atau kelemahan bekas tunangnya itu, bagi mengelakkan rasa aib pada diri dan ahli keluarganya. Bagi pasangan yang bertunang mereka juga perlu menjaga batas dan larangan sepanjang bertunang kerana mereka masih lagi bukan mahram cuma ada ikatan dan janji mahu hidup bersama. Kononnya, kata orang-orang dulu ‘Mahu hidup semati’. Mungkin sudah ada dalam senyap-senyap, dikalangan para pembaca yang merancang untuk melangsungkan pertunangan. ‘Mata air’ di tanah air, diri pula di perantauan. Rasa macam tak boleh tahan, bimbang ‘si dia’ dikebas lelaki lain. Tidak pasal-pasal mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pula asyik mimpi ‘si dia’ sahaja, dan baca pun tak masuk. Rasa marah kadang-kadang pun ada. Sudah nasib badan.

“Boleh ke ustaz, bertunang masa belajar?”. “Nanti bila dah bertunang, lepas tu masing-masing ada komitmen dengan pengajian masing-masing sehingga berlanjutan sampai bertahun-tahun. Lama tu, kan makruh!”. Kalau nak mudah jawab, boleh sahaja penulis katakan; “Tu…! Tengok je orang kahwin ketika masih belajar, tidak ada apa-apa pun. Inikan pula bertunang. Bertunanglah, kalau nak sangat”. “Itukan sunnah juga. Kenapa nak takut sangat”. Mungkin anda pun boleh meneka juga jawapan seperti di atas, sudah maklum katakan. Tapi mungkin juga ada betulnya, dari sisi yang lain akan timbul kesan-kesan yang tidak baik. Namun penulis menganggap ianya salah satu bentuk ujian, kenalah tabah dan sabar hadapinya. Penulis rasa tidak ada masalah, jika tempoh masa pertunangan tersebut lama. Lama dalam erti kata lain, kerana terkesan sibuk dengan tugasan, seperti pengajian dan sebagainya. Sebagai contoh, Kalau bertunang dua tahun, sorang sibuk kerja dengan pelbagai aktiviti, manakala sorang lagi sibuk dengan pengajian di bidang perubatan umpamanya. Rasanya dua tahun tu sekejap aje, especially untuk pihak lelaki yang bertanggungjawab nak prepare macam-macam. Tapi kalau bertunang sampai enam bulan, kerja satu pejabat, duduk ditempat semacam cubicle mengadap antara satu dan lain. Hari-hari pula tu jumpa sehingga kenal ‘lobang’ dan bulu hidung, manakala rambut pula tak disikat pun boleh perasan enam bulan tu panjang dan lagi berisiko. Menolak tafsiran tekstual dan robotik. Namun di sana, anda kenalah sahut cabarannya juga. Kenapa? Bagi penulis, ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga tetapi terperangkap dalam masalah hati, iaitu zina hati yang ‘Islamik Romantik’. Berbaur Islam, tetapi membawa kepada masalah penyakit hati yang parah dan kronik. Pandai-pandai jaga.

Matlamat Utama Jadi Sandaran

Konsep pertunangan yang semakin terasing dari kehidupan masyarakat kita sekarang. Pada penulis, kawalan diri kita tu paling utama. Kuat atau seseorang itu bergantung kepada keimanannya. Di sinilah, Iman ditugaskan menjadi sebagai remote control bagi perlakuan kita. Jadilah remote control yang efektif. Pandai-pandai kawal, bukan dengan nafsu tapi Iman. Sebaiknya kita tetapkan hati, pendirian dan bersederhana. InsayaAllah, kalau kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara’ dalam menjaga batasan, insyaAllah semuanya baik dan tenang sahaja. Menyerahkan urusan kepada kedua ibu bapa juga membantu melancarkan proses secara all rounder. Mungkin bagi sesetengah indivudu, banyak cabaran semasa bertunang, setengah yang lain biasa-biasa sahaja. Semuanya sesuai dengan apa yang Allah Taala berikan. Apa yang baik disyukuri, dan yang kurang diredhai. Baru betul! Berhubung antara pasangan tunang perlu juga diperhatikan, melainkan keperluan tentang perancangan yang penting. Sebaiknya dielakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar mantap dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang hingga ke rumah, itupun dengan parents atau orang tengah. Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan selfi mprovement.


Sebab ramai yang asyik dan mabuk di alam pertunangan, namun terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga yang lebih penting lagi. Usah difikirkan banyak tentang hal ini, nanti lain pula jadinya. Jangan dilayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani dan diperjudikan sekarang. Berhubung dengan minimakan seminimanya. InsyaAllah, tiada resah gulana, dan tiada masalah. Bertunang adalah satu wasilah. Cinta bukan segala-galanya. Namun segalanya yang dimulai dengan niat yang ikhlas, cara yang betul dan barakah akan menimbulkan dan memutikkan cinta yang sewajarnya selepas perkahwinan. Kita kena dan perlu ingat! Naluri seorang ibu sungguh bernilai bagi seorang anak. Cuba jentik hati anda. Adakah kita maksum dari segala dosa noda? Sekarang ini kita berjauhan dari kedua orang tua kerana seberkas ilmu. Pengorbanan perlu dilakukan demi kebahagian masa hadapan diri dan mereka. Layakkah kita mencari dan bertemu jodoh yang dapat dibimbing dan membimbing? Tapi memang itu harapan anda, kita semua. Selain mendapat pasangan yang mampu dibimbing dan membimbing kita, restu ibu bapa amatlah penting dalam membina masjid. Tidak perlulah kita membelakangi mereka hanya kerana cinta. Cinta yang entah ‘suci dalam debu’ atau ‘suci dalam asap’. Kenanglah pengorbanan mereka yang tidak terbalas walaupun segunung emas menjadi taruhan. Bukan lirik lagu semata-mata, tapi sebuah harapan.

Berhubungan semasa di alam pertunangan bukan tiket bagi kita untuk bergerak bebas dengan tunang. Ingat! Sekarang orang yang ber‘couple’ pun sudah berlagak seperti suami isteri dan lupa dunia. Tanyakan diri anda (kita), kemanakah kewarasan kita dalam membuat pertimbangan? semoga Allah Taala masih memberi kita ruang waktu untuk bertaubat di hamparan keheningan malam dengan penuh kehinaan. Pohonlah keampunan dari-NYA.

Allah Taala berfirman; “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” ,el-Baqarah (2:186) ameen.

^_^

Tuesday, April 5, 2011

anda suka mengukir?

huhu dh lama nk tulis entry ni tp xberkesempatan la..bz sgt2... ok, ari sabtu lepas aku ada handle satu program ni. program mengukir buah sempena gegar d'tf. hanya carrot je yg disediakan. peserta boleh bawak buah apa yg dorg suka.. sbb carrot dua biji je kitorg supply..hahaha.. so ni la antara gmbr2 yg sempat aku snap..hehe


antara gelagat2 peserta semasa mengukir carrot

hah pastu korang mesti nak tau sapa menang kn? jom tgk bwh ni...

pemenang pertama dimenangi oleh pk cik dari luar uthm...huhu dh la laju dia wat, cntik lak tu..kalah peserta2 pmpn..org lain lg 10 min masa tmat bru siap, dia sejam je kot dh siap...bgus2. mesti dia dh biase wt gubahan mknn utk pengantin..hehe

ni lak favorite aku sbnrnya yg pokok kelapa tu..warna pn menarik..suka aku tau. kumpulan ni menyediakan 2 ukiran. so dpt pn no. 2 la..hehe


ok ni tmpat ketiga plak. 2 ukiran jugak... yg cute tu, ada burung, itik n penquin..hik3...comel je nk mkn. xsmpai ati


ok, adat pertandingan la kan ada yg kalah ada yg menang.. so, kt bwh ni adalah gubahan2 yg cantek jugak tp kurg bernaseb baik...


p/s : nnti aku nk bljr gk la gubahan buah..hehe

leave your link here and i'll drop by